Berita

Kontraktor Ali Babakan projek kepada warga asing akan disenaraihitam

SEREMBAN: Kontraktor Bumiputera yang memberi projek secara sub kepada kontraktor warga asing akan disenaraihitamkan.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun menegaskan Kerajaan Negeri tidak teragak-agak mengambil tindakan terhadap kontraktor yang didapati berbuat demikian.

“Ada kontraktor dapat kerja penyelenggaraan jalan, kerja potong rumput, kerja selenggara longkang. Itu kerja paling untung (profit margin).

“Itu pun di sub kepada kontraktor warga asing.

“Kalau perkara ini berlaku lagi, kontraktor terbabit akan disenaraihitamkan,” kata Aminuddin di Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Persatuan Kontraktor Bumiputera Kelas G1 (PERKOBF) Negeri Sembilan Kali Ke-9 di Palm Mall Hotel.

Kalau lewat dapat bayaran, maklum pada saya: Aminuddin

Dalam pada itu, Aminuddin memberi jaminan Kerajaan Negeri Sembilan sentiasa menitikberatkan kebajikan para kontraktor kelas G1.

“Kerajaan Negeri sedar berkenaan peri pentingnya pembayaran oleh jabatan kerajaan dilakukan dengan segera agar aliran wang tunai kontraktor terlibat tidak terjejas.

“Sekiranya ada jabatan yang melewatkan pembayaran tanpa sebab, sila maklumkan kepada saya untuk diambil tindakan,” kata Aminuddin yang disambut dengan tepukan gemuruh oleh para hadirin.

 

Foto: Nabil Syafiq

Show More

Related Articles

Back to top button