Berita

Arul sumbang RM50,000 kepada Kuil Sri Maha Mariamman Ladang Linsum

RANTAU: Exco Sumber Manusia, Perladangan dan Hal Ehwal Bukan Islam, YB J.Arul Kumar telah memberi sumbangan kewangan sebanyak RM50,000 kepada Kuil Sri Maha Mariamman Ladang Linsum, Rantau.

Arul Kumar berkata, sumbangan tersebut bertujuan membantu meringankan beban mereka bagi membina dewan orang ramai di kuil itu.

“Sumbangan tersebut merupakan peruntukan daripada Tabung Amanah Hal Ehwal Bukan Islam Negeri Sembilan.

“Semoga pembinaan dewan ini dapat digunakan penduduk setempat bagi melakukan aktiviti keramaian dan keagamaan,” kata Arul Kumar.

Arul berkata demikian di Majlis Pecah Tanah dan Meletakkan Batu Asas Dewan Orang Ramai Kuil Sri Maha Mariamman Ladang Linsum.

Show More

Related Articles

Back to top button