Ukir henna di tangan boleh jana pendapatan sampingan
SEREMBAN JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren telah merasmikan ‘Program Ukiran Henna’ anjuran Power House Wanita Gemilang (PH GEM) dan Pusat Khidmat Rakyat DUN Seremban Jaya.
Gunasekaren berkata, program ini diadakan selama dua hari di mana para peserta diajar melukis corak untuk mengukir terlebih dahulu pada hari pertama manakala pada hari kedua para peserta diajar mengukir pada tangan dan kaki.
“Para peserta mendapat ilmu dan kemahiran dalam mempelajari cara-cara mengukir henna dan dijadikan hasil pendapatan sampingan.
“Semua peserta menerima sijil penyertaan,” kata Gunasekaren.
Moderator untuk program ini ialah Puan Malarvizhi Krishnan.
Turut hadir, Exco Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Kebajikan Negeri Sembilan, YB Puan Nicole Tan Lee Koon dan Ahli Majlis Bandaraya Serenban, Puan Jamilah Said Ali.