BeritaProgram

BAJET 2022: Hub Pengumpulan Produk Negeri Sembilan di Muzium Negeri Sembilan

Akan dibina dengan kos RM2 juta

SEREMBAN: Kerajaan Negeri akan membina sebuah Hub Pengumpulan Produk Negeri Sembilan di hadapan Muzium Negeri dengan peruntukan RM2,000,000.

Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, selain daripada pusat penjaja, Kerajaan Negeri turut komited untuk membantu memasarkan produk usahawan tempatan dengan menyediakan hub pengumpulan produk di lokasi yang strategik.

“Menyedari potensi yang ada di kawasan Seremban Gateway, Kerajaan Negeri bersetuju untuk menaiktaraf bangunan Kedai Cenderamata Kompleks Taman Seni Budaya di hadapan Muzium Negeri dengan peruntukan sebanyak RM2,000,000 untuk membina sebuah Hub Pengumpulan Produk Negeri Sembilan.

“Hub ini dijangka akan turut menjadi tempat tarikan pelancong yang baharu bagi mendapatkan produk-produk keluaran usahawan negeri ini,” kata Aminuddin dalam Pembentangan Belanjawan 2022.

Show More

Related Articles

Back to top button