BeritaProgram

BAJET 2023: Negeri Sembilan perkenal TUNS Extra

Peruntukan sebanyak RM1 juta

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan memperkenalkan inisiatif Tabung Usahawan Negeri Sembilan (TUNS) Extra untuk membantu usahawan di negeri ini.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, TUNS Extra ini akan membantu usahawan untuk mengembangkan perniagaan mereka secara geran padanan sehingga RM30,000.

“Inisiatif ini diwujudkan kerana TUNS dan TUNS Plus yang diperkenalkan sebelum ini mendapat sambutan daripada usahawan tempatan,” kata Aminuddin.

Aminuddin mengumumkan demikian semasa Pembentangan Belanjawan Negeri Sembilan 2023 di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan Yang Ke-14 pada Jumaat.

Show More

Related Articles

Back to top button