Berita
Bakri rai 20 asnaf Kampung Simpang Gelami
KLAWANG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klawang, YB Dato’ Ir.Bakri Sawir telah menyantuni 20 orang asnaf Kampung Simpang Gelami dalam satu majlis berbuka puasa.
Bakri berkata, sumbangan barangan keperluan asas juga turut diberikan kepada mereka.
“Pada bulan mulia ini tidak perlu berkira terutama dalam menyampaikan bantuan.
“Lagi parah sekiranya bantuan diberikan mengikut warna bendera sahaja,” kata Bakri.