Berita
Bangunan baharu JHEAINS Kuala Pilah beri impak besar kepada syiar Islam
KUALA PILAH: Bangunan baharu Kompleks Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) meningkatkan syiar Islam di daerah tersebut.
Pegawai Agama Islam Daerah Kuala Pilah, Encik Mohd Raizalani Mohd Rais, 49, berkata, bangunan baharu berharga RM5.3 juta ini beri satu impak yang sangat besar kepada sistem penyampaian perkhidmatan terutamanya hal ehwal agama Islam dan juga mudah dari sudut kolaborasi dengan agensi kerajaan yang lain.
“Sebelum ini, Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Kuala Pilah beroperasi di Kompleks Pentadbiran Daerah Kuala Pilah.
“Oleh hal yang demikian, terdapat kekangan seperti kesempitan ruang pejabat dan menyebabkan kami terpaksa beroperasi di dua blok iaitu Blok A dan Blok B,” kata Mohd Raizalani.