Berita

Negeri Sembilan perkasa ekonomi umat Islam

Dana RM500,000 lahirkan usahawan Kotej Halal

SEREMBAN: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) sentiasa meneruskan usaha pembangunan ekonomi umat Islam.

Pengarah JHEAINS, Dato’ Mohd Zaidi Ramli berkata, oleh kerana JHEAINS menguruskan Persijilan Halal Malaysia, maka pihaknya telah pun mendapat kepercayaan Kerajaan Negeri untuk membangunkan usahawan kecil Kotej.

“Matlamat kita adalah untuk lahirkan usahawan Kotej yang mendapat Sijil Halal Malaysia.

“Sebab kita tahu bahawa usahawan kecil ini mampu tambah pendapatan berkali ganda apabila merak mendapat piawaian yang diiktiraf oleh dunia iaitu Sijil Halal Malaysia.

“Ini ternyata kalau kita lihat 102 pengusaha Kotej Halal pada tahun lalu berjaya meningkatkan pendapatan dan saiz pasaran mereka.

“Pada tahun 2022, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM500 ribu untuk meneruskan usaha kita melahirkan pengusaha Kotej Halal di Negeri Sembilan,” ujarnya.

Menurut Mohd Zaidi, Kotej Halal ini atau usahawan home base ini mempunyai peluang yang lebih banyak.

“Kalau kita lihat industi hotel di Negeri Sembilan, banyak yang memohon Sijil Halal dari JHEAINS.

“Mereka memerlukan pengusaha kecil membekalkan pelbagai jenis makanan seperti kuih tradisional.

“Justeru itu, JHEAINS mempelawa usahawan kecil yang membuat kuih muih ini terlibat dalam Kotej Halal.

“Sebab itu dana RM500 ribu diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri,” jelas beliau lagi.

Show More

Related Articles

Back to top button