Berita

TREVIS – Kaedah penyembelihan yang mudah

SEREMBAN: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) telah memperkenalkan kaedah penyembelihan lebih mudah yang dipanggil TREVIS.

Pengarah JHEAINS, Dato’ Mohd Zaidi Ramli berkata, kaedah penyembelihan sekarang ini iaitu kandang sembelih telah diinovasikan.

“Dulu sembelih perlu tali yang banyak, orang yang ramai, masa yang panjang.

“Kini JHEAINS telah memperkenalkan kaedah sembelihan dengan sebuah peralatan yang dipanggil TREVIS.

“Ini satu kaedah sembelihan yang senang, tidak perlu ramai orang dan proses sembelihan lebih cepat,” kata Mohd Zaidi.

Mohd Zaidi berkata, buat masa ini sebagai perintis, Masjid Negeri mempunyai kemudahan tersebut.

Show More

Related Articles

Back to top button