BeritaMenarikProgram

Bangunan baharu Maahad Ahmadi berharga RM13 juta

RAMADHAN: Pengetua Maahad Ahmadi, Encik Zahari Minan berkata, beliau sangat terharu apabila Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun mengumumkan peruntukan sebanyak RM13 juta bagi meroboh dan membina bangunan baharu Maahad Ahmadi.

“Semua pelajar daripada Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 terharu dan teruja dengan pengumuman Dato’ Seri Aminuddin.

“Pelajar tidak sabar untuk tinggal di asrama baharu nanti yang akan siap dibina pada April 2024.

“Malah semua warga Maahad Ahmadi termasuk pelajar, guru dan ibu bapa juga teruja menanti bangunan baharu.

“Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kepimpinan Kerajaan Negeri Sembilan yang diterajui oleh Dato’ Seri Aminuddin yang begitu peka dan prihatin dengan keperluan pelajar di sekolah ini,” jelas Zahari.

Show More

Related Articles

Back to top button