BeritaProgram

Biasiswa Moscow State Institute Of International Relations kini telah dibuka

Permohonan tajaan biasiswa Moscow State Institute of International Relations (MGIMO University) di bawah Kementerian Luar Negeri Kerajaan Rusia kini telah dibuka.

1. Biasiswa ini menawarkan tiga tempat seperti berikut:

A) Satu tempat bagi Kursus Persediaan Bahasa Rusia;
B) Satu tempat bagi program pengajian Ijazah Sarjana Muda; dan
C) Satu tempat bagi program pengajian Ijazah Sarjana.

2. Bidang pengajian yang ditawarkan:

A) Ijazah Sarjana Muda: Hubungan Antarabangsa; Pengajian Kawasan (Bahagian Barat dan Timur); Undang-Undang; Kewartawanan; Dasar Media dan Perhubungan Awam Ekonomi; Ekologi dan Pengurusan Hidupan Liar; dan Peraturan Perdagangan.

B) Ijazah Sarjana: Pengajian Kawasan (Bahagian Barat dan Timur); Hubungan Antarabangsa; Sains Politik; Pentadbiran Negeri dan Perbandaran; Pengurusan; Peraturan Perdagangan; Ekonomi; Undang-Undang; Kewartawanan; Dasar Media dan Perhubungan Awam; Ekologi dan Pengurusan Hidupan Liar; dan Pelancongan.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 20 April 2026 (Isnin).

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Vasiliy Kazakov melalui emel di int.quota@id.mgimo.ru atau melalui talian: +7(495) 234-83-84 (ext. 2091).

Maklumat lanjut serta permohonan bagi biasiswa ini boleh dibuat melalui pautan https://int.mgimo.ru/en/apply/

Show More

Related Articles

Back to top button