Berita

Bukit Kepayang: 19 mahasiswa terima Bantuan Sara Hidup dari Nicole

BUKIT KEPAYANG: ADUN Bukit Kepayang, YB Nicole Tan Lee Kon telah menyerahkan Bantuan Sara Hidup (BSH) Mahasiswa Negeri Sembilan kepada 19 pelajar Institut Pengajian Tinggi dari DUN Bukit Kepayang.

Nicole berkata, penerima BSH Fasa 1 ini akan menerima bantuan RM1,200 setahun yang akan dikreditkan kepada akaun penerima, di mana nilai bantuan bulanan adalah RM100 sebulan.

“Terima kasih kepada Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan yang menerusi Yayasan Negeri Sembilan (YNS) membantu mahasiswa dari keluarga yang kurang berkemampuan bagi membiayai pelbagai kos sepanjang tempoh pengajian pelajar.

“Semoga sumbangan ini dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh pelajar-pelajar ini.

“Saya mengharapkan mahasiswa dan mahasiswi yang menerima bantuan ini dapat menanam semangat untuk terus belajar bersungguh-sungguh dan menjadi pemangkin negara pada akan datang,” ujar Nicole yang juga Exco Pembangunan Wanita, Kebajikan dan Keluarga Negeri Sembilan.

Turut hadir, Pegawai Tadbir Yayasan Negeri Sembilan, Encik Azis Jakfar Soraji.

Show More

Related Articles

Back to top button