Berita

Bumbung rumah rosak akibat ribut dibaiki segera

SEREMBAN JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren telah turun padang meninjau sebuah rumah di Kampung Baru Rahang yang bumbungnya diterbangkan angin kencang.

“Hasil tinjauan mendapati beberapa bumbung rumah rosak akibat angin ribut.

“Justeru, kerja-kerja membaik pulih bumbung rumah dilaksana dengan segera.

“Pusat Khidmat Rakyat DUN Seremban Jaya sentiasa prihatin dengan kebajikan masyarakat,” kata Gunasekaren.

Turut hadir bersama, Ahli Majlis Bandaraya Seremban, Puan Jamilah Said Ali; Pegawai Pejabat Daerah Tanah dan Seremban, Encik Sharin Kamaruzaman; Penghulu Rasah, Encik Syafiq dan Pengerusi MPKK Kampung Baru Rahang, Encik Liew.

Show More

Related Articles

Back to top button