Berita

Cadangan pembesaran operasi Samsung dengan nilai pelaburan RM5 bilion

SENAWANG: Exco Pelaburan dan Perindustrian Negeri Sembilan, YB Dato’ Dr.Mohamad Rafie Abdul Malek berkata, Samsung SDI Energy Malaysia Sdn Bhd bercadang membesarkan operasinya dengan nilai pelaburan melebihi RM5 bilion.

“Dasar Kerajaan Negeri Sembilan adalah mesra pelabur tetapi dalam masa yang sama kita akan memastikan pelaburan yang berkualiti, mesra alam serta menilai keperluan kini dan masa yang akan datang.

“Peningkatan pelaburan akan membuka peluang pekerjaan dan peluang perniagaan kepada rakyat negara ini khususnya di Negeri Sembilan,” katanya selepas mengadakan lawatan ke kilang tersebut di Kawasan Perindustrian Taman Tuanku Jaafar.

Turut hadir, Pengarah MIDA Negeri Sembilan, UPEN Negeri Sembilan dan Ketua Pegawai Eksekutif Invest NS.

 

Show More

Related Articles

Back to top button