Berita

Loke sumbang RM10,000 kepada Pertubuhan Hospice Negeri Sembilan

SEREMBAN: Ahli Parlimen Seremban, YB Loke Siew Fook menyampaikan peruntukan kawasan sebanyak RM10,000 kepada Pertubuhan Hospice Negeri Sembilan.

“Hospice merupakan sebuah NGO yang menawarkan perkhidmatan penjagaan perubatan secara percuma kepada pesakit kanser peringkat akhir.

“Mereka mempunyai doktor dan jururawat sepenuh masa untuk melawat pesakit di rumah mereka untuk mengurangkan beban pesakit tersebut.

“Peruntukan ini diharap dapat memberi sedikit sokongan kepada usaha murni pertubuhan ini,” ujar Loke.

Loke menyerahkan cek sumbangan kepada Presiden Hospice Negeri Sembilan, Dr.Anthony Gilbert.

Show More

Related Articles

Back to top button