Berita

Cha seru pengundi semak lokasi mengundi

RASAH: Penyandang Ahli Parlimen Rasah, YB Cha Kee Chin (Pakatan Harapan) menyeru pengundi Parlimen Rasah agar menyemak semula lokasi pusat mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) pada 19 November ini.

Cha berkata terdapat penambahan jumlah pengundi yang mendadak daripada 100,000 pada PRU-14 kepada 150,000 pada PRU-15 ini.

“Justeru itu, jumlah pusat mengundi telah bertambah daripada 35 pusat mengundi kepada 55 pusat mengundi.

“Kita faham penambahan pusat mengundi bagi menampung jumlah pengundi yang sudah meningkat tinggi.

“Walaubagaimanapun hasil semakan pasukan saya, terdapat perubahan lokasi pusat mengundi membabitkan pengundi yang tidak pernah berpindah atau menukar alamat lokaliti mengundi,” kata beliau.

Cha menasihatkan pengundi di Parlimen Rasah agar menyemak lokasi pusat mengundi di laman web SPR atau datang ke Bilik Gerakan Utama Parlimen Rasah di Taman Oakland untuk semakan.

Show More

Related Articles

Back to top button