Menarik

Dahan pokok ancam keselamatan penduduk: GUNASEKAREN

SEREMBAN JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren telah turun padang bagi melihat permasalahan dua batang pokok yang boleh mengancam keselamatan sebuah keluarga di Taman Senangin.

Gunasekaren berkata, dahan-dahan daripada dua batang pokok tersebut telah sampai ke bumbung penghuni taman tersebut.

“Ia boleh mengundang kepada masalah struktur bumbung rumah dan mengancam keselamatan penghuni.

“Saya akan usahakan supaya masalah ini dapat diselesaikan dengan segera,” kata Gunasekaren.

Turut hadir, Ahli Majlis Bandaraya Seremban, Puan Jamilah Said Ali dan Setiausaha DAP Cawangan Rahang Barat, Encik Visumaniam.

Show More

Related Articles

Back to top button