Berita

DEEPAVALI: 250 penganut Hindu terima sumbangan barangan dapur dari Gunasekaren

SEREMBAN JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren telah memberi sumbangan barangan dapur kepada 250 penganut Hindu di sekitar DUN Seremban Jaya.

Gunasekaren berkata, sumbangan tersebut juga dibantu Mantan Ahli Parlimen Rasah, YB Cha Kee Chin.

“Terima Kasih kepada YB Cha kerana membantu menyediakan sumbangan ini.

“Saya berharap agar sumbangan ini dapat membantu penerima untuk menyambut Hari Deepavali,” kata Gunasekaren.

Turut hadir, Mantan Ahli Parlimen Rasah, YB Cha Kee Chin dan Ahli Majlis Bandaraya Seremban, Puan Jamilah Said Ali.

Show More

Related Articles

Back to top button