Berita

Dua individu OKU terima sumbangan kewangan daripada Gunasekaren

SEREMBAN JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren telah memberikan sumbangan kepada dua individu Orang Kelainan Upaya (OKU) di Kampung Baru Rahang.

Gunasekaren berkata, individu pertama adalah Encik Ramkumar yang memerlukan rawatan pembedahan kaki.

“Kos rawatan tersebut difahamkan melebihi RM40,000.

“Manakala kedua ibu bapa beliau merupakan warga emas yang tidak bekerja.

“Oleh itu saya akan membantu untuk memohon bantuan kebajikan dan PERKESO bagi meringankan beban mereka.

“Individu seterusnya adalah Encik Devaraj yang mengalami kecederaan di kaki yang membataskan pergerakan beliau untuk bekerja.

“Semoga sumbangan yang diberikan dapat membantu meringankan beban kedua-dua individu ini,” kata Gunasekaren.

Show More

Related Articles

Back to top button