Aktiviti

Dua individu terima katil boleh laras dan kerusi roda dari Musliadi

JERAM PADANG: Penyelaras DUN Jeram Padang, Tuan Musliadi Sabtu telah menyumbang katil boleh laras dan kerusi roda kepada dua orang penduduk di Bukit Rokan Barat.

Musliadi berkata, beliau mendapat maklumat bahawa dua individu tersebut tidak dapat bergerak dan terlantar.

“Sumbangan pek makanan dapur juga turut saya berikan.

“Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban mereka.

“Saya doakan mereka cepat sembuh dan sihat seperti sedia kala,” kata Musliadi.

Show More

Related Articles

Back to top button