Menarik

Dua individu terima sumbangan kewangan dari Ismail

LABU: Dua individu kurang berkemampuan terima sumbangan kewangan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Labu, YB Dato’ Ismail Ahmad.

Ismail berkata, dua individu tersebut adalah Encik Azmir Jaafar dan Encik Zairulnizam Mohamad.

“Encik Azmir merupakan seorang peniaga dan mempunyai lima orang anak.

“Perniagaan beliau mengalami kerugian sekaligus menjejaskan punca pendapatan beliau.

“Manakala, Encik Zairulnizam pula sudah tidak bekerja selama empat bulan akibat kemalangan.

“Semoga sumbangan yang diberikan, dapat mengurangkan beban mereka,” kata Ismail.

Sumbangan diberikan di Pusat Khidmat Rakyat DUN Labu.

Show More

Related Articles

Back to top button