Menarik
Dua rumah rosak akibat serangan anai-anai akan dibaiki segera
SEREMBAN JAYA: Dua buah rumah warga emas yang rosak akibat serangan anai-anai di Kampung Baru Rahang akan dibaiki segera,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren.
Gunasekaren berkata, akan memohon peruntukan bagi kerja-kerja membaiki kedua-dua rumah ini melalui Pejabat Daerah dan Tanah Seremban atau Majlis Bandaraya Seremban demi keselamatan dan keselesaan penghuni warga emas.
Turut hadir, Ahli Majlis Bandaraya Seremban, Puan Jamilah Said Ali; Pengerusi MPKK Kampung Baru Rahang, Encik Liew dan Timbalan Pengerusi Cawangan DAP Taman Marida, Saudara Elango.