Frontliners terima sumbangan kuih raya daripada Aminuddin

SEREMBAN: Menteri Besar, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun telah menyempurnakan penyerahan sumbangan kuih raya hasil tajaan tujuh agensi iaitu Dutch Lady, Nestlé, Ajinomoto, Kellanova (Kellogg), F&N, Sunshine dan Mahsuri kepada para petugas barisan hadapan (frontliners).
“Sumbangan ini disalurkan kepada anggota beruniform yang akan terus berkhidmat ketika sambutan Hari Raya nanti, melibatkan ATM, PDRM, JBPM, APM, JPJ, petugas kesihatan serta RTM yang merupakan insan-insan yang tetap setia menjalankan amanah demi keselamatan dan kesejahteraan rakyat, walaupun terpaksa berjauhan daripada keluarga pada hari yang penuh bermakna.
“Sesungguhnya, pengorbanan mereka amat besar nilainya. Dalam kegembiraan kita menyambut Aidilfitri, mereka tetap berdiri di barisan hadapan memastikan segalanya berjalan dengan baik.
“Semoga sumbangan kecil ini dapat membawa sedikit keceriaan dan menjadi tanda penghargaan atas jasa serta pengorbanan yang tidak ternilai.
“Moga Allah SWT sentiasa melindungi mereka dalam setiap tugas yang digalas,” kata Aminuddin



