Berita
Gereja St Aloyius dan St Theresa terima sumbangan RM40,000 daripada Arul
NILAI: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nilai, YB J.Arul Kumar telah memberi sumbangan kewangan sebanyak RM20,000 kepada Gereja Saint Aloyius dan Gereja Saint Theresa.
Arul Kumar berkata, sumbangan tersebut bagi membantu pihak gereja melaksanakan kerja naik taraf.
“Sumbangan ini juga merupakan peruntukan daripada Tabung Amanah Hal Ehwal Bukan Islam Negeri Sembilan.
“Semoga sumbangan yang diberikan dapat membantu meringankan beban pihak gereja,” kata Arul Kumar.