Berita

Ibu Pejabat Polis Daerah Rembau terima penghawa dingin dari Nasaruddin

CHEMBONG: Penyelaras DUN Chembong, Tuan Nasaruddin Ibrahim telah memberi sumbangan dua unit penghawa dingin kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Rembau.

Nasaruddin berkata, penghawa dingin tersebut akan dipasang di dewan polis yang baru dibaik pulih.

“Semoga sumbangan tersebut dapat memberi keselesaan kepada anggota polis,” kata Nasaruddin.

Sumbangan tersebut diberikan kepada Ketua Polis Daerah Rembau, Tuan DSP Hazri Mohamad.

Show More

Related Articles

Back to top button