YB Kita

Isam lawat kawasan terjejas akibat ribut di Gemas

TAMPIN: Ahli Parlimen Tampin, Dato’ Mohd Isam Mohd Isa telah turun padang bagi melawat kawasan yang terjejas akibat ribut di Felda Pasir Besar.

“Lebih 50 buah rumah dilaporkan terjejas akibat bencana tersebut.

“Selain itu, beberapa kawasan lain seperti Kampung Londah, Ulu Ladang dan Taman Sentosa turut menerima nasib sama.

“Terdapat bumbung rumah yang diterbangkan angin, malahan terdapat juga rumah yang dihempap pokok,” kata Mohd Isam.

Isam turut tambah bahawa beliau mendapat maklumat tersebut sewaktu dalam perjalanan pulang daripada Sekolah Kebangsaan Pasir Besar.

“Apabila menerima maklumat tersebut, saya bersama Penyelaras DUN Gemas, Tuan Mohd Firdaus Rustam bergegas ke lokasi kejadian.

“Semoga mangsa yang terlibat diberikan ketabahan dan dipermudahkan segala urusan mereka.

“InsyaAllah, bantuan yang sewajarnya akan terus disalurkan,” ujar beliau.

Show More

Related Articles

Back to top button