Berita
Ismail edar juadah sahur di setiap kampung dalam DUN Labu

LABU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Labu, YB Dato’ Ismail Ahmad telah mengedarkan juadah bersahur kepada hampir semua kampung di dalam DUN Labu.
Ismail berkata, aktiviti tersebut telah dijalankan bersama-sama Ahli Jawatankuasa MPKK yang terlibat.
“Edaran ini telah dilakukan sepanjang bulan Ramadhan.
“Semoga edaran yang dilakukan ini dapat membantu meringankan beban mereka yang menerimanya,” kata Ismail.