Jeram Enggang tarikan pelancong baharu di Jelebu
KLAWANG: Exco Pertanian dan Industri Makanan Negeri Sembilan, YB Dato Ir.Bakri Sawir berkata, Jeram Enggang merupakan sebuah lokasi tarikan pelancong yang baharu di Jelebu.
“Justeru, saya bersama Jabatan Perikanan Daerah Jelebu telah menganjurkan program melepaskan 10 ribu benih ikan lampam dan lima ribu ikan terbul.
“Hal ini boleh dijadikan tarikan kepada orang ramai untuk datang ke Jeram Enggang.
“Program ini juga bertujuan untuk mengembangkan jumlah bilangan ikan di kawasan tersebut,” kata Bakri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klawang.
Turut hadir, Pengarah Perikanan Negeri Sembilan, Encik Kasim Tawe; Ketua Cawangan Pengurusan dan Perlindungan Sumber, Puan Doreen Wee Siew Lin; Ketua Perikanan Daerah Jelebu, Encik Azhar Jusoh dan MPKK Kampung Ulu Jelebu, Encik Mohd Khidzir Mohd Zin.