Berita
Kadar pengangguran tinggi, Kerajaan Pusat perlu tangani segera
Para pekerja adalah aspek penting dalam mana-mana organisasi atau perusahaan.
Kebajikan mereka mesti diberi keutamaan serta diambilkira.
Sejak wabak Covid-19 melanda, ramai yang menjadi penganggur, malah angka pengangguran di kalangan graduan juga amat membimbangkan.
Negara akan terus lemah dari segi ekonomi sekiranya masalah ini dibiarkan berlarutan.
Kerajaan Persekutuan mesti peka terhadap masalah ini dan usah leka dengan kuasa, harta dan kedudukan.
Selamat Hari Pekerja 2021.
YB J.Arul Kumar
Exco Sumber Manusia, Perladangan dan Hal Ehwal Bukan Islam Negeri Sembilan
Credit: freepick