Menarik

Karnival Sukan Gemencheh, 24 September ini

GEMENCHEH: Karnival Sukan Penyelaras DUN Gemencheh membuka tirai dengan Kejohanan Bola Sepak Penyelaras DUN Gemencheh di Padang Awam Felda Bukit Rokan.

Majlis Perasmian disempurnakan oleh Exco Pembangunan Sukan dan Belia, YB Dato’ Mohamad Taufek Abd Ghani.

Penyelaras DUN Gemencheh, Tuan Abd Latif A.Tambi berkata, kejohanan bermula pada 3 September dan berakhir 4 September lalu.

“Enam pasukan iaitu GBR FC (Felda Bukit Rokan), CV FC (Kampung Tengah), GTG FC (Gabungan MPKK), TERATAK FC (Kampung Jelawai), Kelamah FC (Felda Sungai Kelamah) dan Jalor FC (Felda Bukit Jalor) bertanding bagi merebut Piala Penyelaras DUN Gemencheh.

“Jalor FC dan Teratak FC bakal berentap pada 25 September bagi merebut gelaran juara dan naib juara manakala tempat ketiga dimenangi oleh CV FC dan Keempat GBR FC.

“Turut dipertandingkan acara futsal, bola tampar, sepak takraw, netball shooting dan sepak penalti yang akan diadakan pada 24 dan 25 September nanti,” kata Abd Latif.

Show More

Related Articles

Back to top button