Berita

Gemuroh FC juara Piala MB Peringkat DUN Pilah

PILAH: Gemuroh FC berjaya menjuarai Pertandingan Bola Sepak Piala Menteri Besar Peringkat DUN Pilah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pilah, YB Mohamad Nazaruddin Sabtu berkata, pasukan Gemuroh FC bakal mewakili DUN Pilah ke peringkat Parlimen bersama naib johan iaitu Pemuda FC.

“Gemuroh FC membawa pulang wang tunai berjumlah RM2,000, piala pusingan dan pingat setiap pemain.

“Manakala, naib johan Pemuda FC membawa pulang wang tunai RM1,000 dan pingat setiap pemain.

“Tahniah kepada pemenang dan terima kasih kepada mereka yang mengambil bahagian dalam pertandingan ini,” kata Mohamad Nazaruddin.

Senarai penuh pemenang bagi DUN Pilah adalah seperti berikut:

Johan: Gemuroh FC (RM2,000)

Naib Johan: Pemuda FC (RM1,000)

Tempat Ketiga: Kampung Jawa FC (RM800)

Tempat Keempat: Parit FC (RM500)

Show More

Related Articles

Back to top button