Berita

KAYNS bantu ibubapa tingkatkan kemahiran PdPR

SEREMBAN: Kolej Akademi Yayasan Negeri Sembilan (KAYNS) telah menganjur webinar ‘PdPR: Apakah peranan ibubapa dalam menguruskannya?

Ketua Ekskutif (CEO) KAYNS, Encik Bahrom Bakar, berkata, pandemik Covid-19 mencetus krisis pendidikan yang menyebabkan golongan pelajar sangat terkesan apabila sekolah dan institusi pendidikan tinggi terpaksa menutup sesi pembelajaran secara bersemuka.

“Ini menyebabkan pihak sekolah, kolej dan universiti terpaksa mengendalikan sesi Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR).

“Justeru, PdPR ini juga menimbulkan pelbagai masalah dan tekanan samaada kepada pihak sekolah, guru atau pelajar sendiri.

“Justeru, KAYNS mengambil langkah proaktif, membantu ibubapa sedikit panduan asas dengan kemahiran PdPR, agar anak-anak dapat dibantu melalui prose PdPR dengan lancar dan berkesan,” jelas Bahrom.

Menurut Bahrom, beliau bersyukur sesi webinar (atas talian) yang pertama untuk ibubapa ini telah berjaya dilaksanakan dengan baik dan berkesan.

“Menariknya sepanjang sejam webinar ini berlangsung, penyertaan sentiasa penuh (100 orang had maksimum Google Meet). Ramai yang tidak dapat sertai kerana penyertaan sudah penuh.

“Webinar ini turut disertai oleh beberapa individu dari golongan pendidik seperti pengetua, nazir sekolah, guru dan kaunselor yang turut menyumbang pandangan.

“Sesi ini sangat interaktif. Banyak soalan dan sumbangan idea dari peserta webinar yang memberi pelbagai sudut pandangan dan saling melengkapi,” ujarnya lagi.

KAYNS tawar berbagai latihan kemahiran  

Ahli panel utama, Ustazah Nazatulshima Abdullah telah memberikan tip-tip yang berguna untuk panduan ibubapa.

Pengetua Sekolah Menengah KGV Seremban, merangkap Pengerusi Majlis Pengetua Sekolah-Sekolah Menengah Negeri Sembilan telah mengingatkan bahawa untuk membentuk seorang juara, ia perlukan komitmen dan sokongan seluruh anggota sesebuah komuniti.

Justeru, sekaranglah masa terbaik hubungan permuafakatan ibubapa, guru-guru dan masyarakat keseluruhannya perlu dimantap dan diperkukuhkan.

KAYNS adalah sebuah anak syarikat Yayasan Negeri Sembilan yang menawarkan berbagai latihan kemahiran di peringkat Sijil dan Diploma. Ratusan tempat belajar kosong sedang ditawarkan kepada anak-anak muda yang berminat.

“Diharapkan usaha ini dapat meningkatkan keberdayaan komuniti dalam mendidik dan selamatkan anak-anak generasi pandemik Covid-19 yang hadapi cabaran getir sekarang ini,” kata Bahrom.

Show More

Related Articles

Back to top button