Berita

Kenal pasti isu setempat, pastikan rakyat mendapat keselesaan

JERAM PADANG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram Padang, Dato’ Mohd Zaidy Abdul Kadir meminta kepimpinan masyarakat mengenal pasti isu setempat dan membuat aduan kepada wakil rakyat kawasan agar permasalahan tersebut dapat diselesaikan demi keselesaan rakyat.

Mohd Zaidy telah melawat Surau Blok D, Felda Palong 2 dan hasilnya beberapa isu yang memerlukan perhatian segera telah dikenal pasti termasuk pembinaan tangki air baharu, baik pulih paip agihan air, penggantian pintu dan kelengkapan tandas, serta pembinaan longkang perimeter dengan penutup untuk memastikan kebersihan dan keselamatan.

“Saya berharap kerja-kerja baik pulih ini dapat disegerakan, dengan harapan surau ini akan lebih selesa untuk digunakan terutama sekali menjelang bulan Ramadhan nanti, apabila aktiviti ibadah meningkat.

“Saya akan berusaha untuk memastikan perkara ini diberi perhatian yang sewajarnya oleh pihak berkenaan.

“Terima kasih sekali lagi kepada semua yang terlibat.

“Sama-sama kita doakan agar surau ini menjadi tempat ibadah yang terus makmur dan memberi manfaat kepada seluruh komuniti,” kata Mohd Zaidy selepas merasmikan Majlis Khatan Perdana di Masjid FELDA Palong 2 yang disertai oleh 32 kanak-kanak.

Show More

Related Articles

Back to top button