BeritaMenarikProgram

Kerajaan Negeri promosi industri makanan tempatan Negeri Sembilan

SEREMBAN: Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS) telah memperkenalkan inisiatif Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan (TUNS) dan Tabung Usahawan Negeri Sembilan Plus (TUNS+) bagi membantu usahawan-usahawan Negeri Sembilan mengembangkan perniagaan masing-masing.

EXCO (Kanan) Pertanian, Keterjaminan Makanan dan Kos Sara Hidup, Dato’ Seri Jalaluddin Alias, selain daripada insentif tersebut, Kerajaan Negeri melalui Unit Perancang Ekonomi Negeri, PKNNS dan Jabatan Pertanian Negeri Sembilan akan membawa usahawan-usahawan tempatan untuk menyertai karnival/program yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri di dalam dan luar negeri.

“Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan (LPNS) sentiasa mempromosikan industri makanan tempatan Negeri Sembilan melalui Segmen Gastronomi di setiap daerah.

“Kerajaan Negeri telah mewujudkan pusat pengumpulan, pemprosesan dan pembungkusan yang tertumpu di daerah Tampin dan Rembau.

“Pusat ini bertujuan untuk memudahkan proses pemasaran hasil pertanian sama ada melalui agensi pelaksana mahupun petani sendiri.

“Antara lokasi yang telah dikenal pasti ialah Tampin Tengah, Gemencheh dan Gemas,” kata Jalaluddin.

Turut diwujudkan adalah zon promosi produk tempatan secara bersasar dan berpusat seperti hab pemasaran produk agro dan industri makanan seperti di Kuala Pilah.

Menurut Jalaluddin, antara kawasan tumpuan pemasaran yang berpotensi ialah R&R Ulu Bendul, Medan Selera Parit Tinggi dan Jemapoh.

“Zon promosi ini akan berfungsi untuk memasarkan hasil pertanian dengan sokongan pembangunan Agrobazaar Rakyat (ABR) dan Gerai Buah-Buahan Segar (GBBS) yang berskala besar.

“Kerajaan Negeri turut menganjurkan NS FEST pada setiap tahun sejak daripada tahun 2019.

“Uniknya NS FEST ini adalah program tersebut hanya menyasarkan jualan oleh usahawan-usahawan tempatan khususnya yang mengeluarkan produk atau perkhidmatan di Negeri Sembilan supaya dapat mengetengahkannya sebagai platform peluang perniagaan bagi para usahawan di negeri ini,” jelas Jalaluddin

Show More

Related Articles

Back to top button