Berita

Hospital UCSI dipilih Hospital Panel NS Corporation

BANDAR SPRINGHILL: Hospital UCSI secara rasmi dipilih sebagai Hospital Panel NS Corporation (NS Corp) susulan lawatan delegasi NS Corp yang diketuai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Tanjung, Dr. P. Rajasekaran dan Ketua Pegawai Eksekutif NS Corp, Norazhar Musa.

Pelantikan ini selaras dengan usaha NS Corp memacu pertumbuhan ekonomi negeri melalui inisiatif seperti Malaysia Vision Valley 2.0 dan Pelan Induk Pembangunan Ekonomi Negeri yang baharu.

Surat pelantikan diserah oleh Rajasekaran diringi Norazhar kepada Pengerusi Penjagaan Kesihatan Kumpulan UCSI, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.

Kerjasama ini akan meningkatkan akses perkhidmatan kesihatan berkualiti kepada komuniti dan memperkukuh hubungan strategik antara kedua-dua pihak.

Show More

Related Articles

Back to top button