BeritaProgram

Jalan baharu dari Kem Senawang ke Taman Bandar Senawang

Akan dibina pada tahun 2023 dengan kos RM8 juta

SEREMBAN: Pengguna jalan raya dari Seremban, Senawang, Paroi dan Ampangan akan mempunyai pilihan jalan alternatif ke Sungai Gadut, Rantau, Rembau dan Tampin.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, pertumbuhan sektor ekonomi domestik sangat bergantung kepada tahap pembangunan infrastruktur asas yang baik dan jaringan pengangkutan yang cekap.

“Justeru itu, Kerajaan Negeri telah memasukkan projek pembinaan jalan baharu dari Kem Senawang ke Taman Bandar Senawang, Seremban, sebagai salah satu projek berimpak tinggi dengan anggaran kos RM8 juta,” katanya.

Aminuddin mengumumkan demikian semasa Pembentangan Belanjawan Negeri Sembilan 2023 di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan Yang Ke-14 pada Jumaat.

Show More

Related Articles

Back to top button