Berita

Kerajaan Negeri sokong usaha tingkatkan kadar pemilikan rumah bagi golongan B40

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan akan terus memberikan sokongan kepada agensi perumahan kerajaan dalam usaha untuk mempertingkatkan kadar pemilikan rumah bagi golongan berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40).

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, komitmen saya adalah bagi memastikan keperluan perumahan rakyat kita dipenuhi mengikut kesesuaian menerusi kerjasama dengan pihak Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPTKT), PR1MA dan agensi terbabit.

“Saya mengambil peluang ini untuk menjemput pemaju perumahan berganding bahu dengan Kerajaan Negeri di dalam memenuhi aspirasi ini.

“Hal ini kerana Kerajaan Negeri komited meneruskan usaha untuk memperluaskan program-program perumahan sedia ada dan mempergiatkan inisiatif yang sesuai dengan keperluan masyarakat hari ini.

“Sasaran kami juga adalah untuk memastikan setiap rakyat negeri ini dapat memiliki rumah sendiri,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button