Kerajaan Negeri telus agih projek selenggara jalan raya
SEREMBAN: Kerajaan Negeri sentiasa memberikan peluang sama rata kepada semua kontraktor G1 bagi menjalankan Kerja Penyenggaraan Jalan di bawah Peruntukan MARRIS.
Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kerja Raya Negeri Sembilan telah memilih kontraktor melalui proses cabut undi pada April lalu.
“Sebanyak 326 kerja selenggara telah diluluskan dengan jumlah peruntukan RM32.135 juta fasa satu tahun ini.
“Cabutan undi ini juga melibatkan kontraktor kelas G1 dan setiap projek bernilai tidak lebih daripada RM100,000 dan tidak kurang daripada RM80,000.
“Proses cabutan undi ini dilakukan bagi mengelakkan monopoli mana-mana pihak.
“Insha Allah, Kerajaan Negeri akan terus membuka peluang untuk semua rakyat Negeri Sembilan tanpa mengira latar belakang,” kata Aminuddin.