Berita

Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan realisasikan manifesto

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan di bawah Pakatan Harapan telah merealisasikan satu lagi manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, inisiatif memasang LED Billboard di setiap daerah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah dimasukkan dalam Belanjawan Negeri Sembilan 2021.

“Setiap PBT telah diperuntukkan RM500,000 bagi melaksanakan projek pemasangan LED Billboard tersebut.

“Pemasangan Billboard ini juga dapat merancakkan pertumbuhan ekonomi penduduk setempat dengan menjana peluang bagi menambahkan pendapatan penduduk sekitar.

“Selain itu, ia juga dapat menarik lebih ramai pengunjung dari luar ataupun di dalam daerah untuk melakukan aktiviti riadah di lokasi pemasangan masing-masing.

“Besarlah harapan saya agar Billboard ini dapat digunakan sebaiknya untuk kebaikan semua penduduk sekitarnya dan seterusnya memperkasakan komuniti penduduk setempat, Insya Allah,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button