Berita

504 mangsa banjir daerah Tampin terima sumbangan

GEMAS: Seramai 504 orang mangsa banjir yang terjejas dan terpaksa berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara di daerah Tampin menerima bantuan kewangan daripada Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun.

Aminuddin berkata, bantuan kewangan RM2,000 diserahkan kepada Ketua Isi Rumah (KIR).

“RM1,000 merupakan bantuan daripada Kerajaan Persekutuan manakala RM1,000 lagi daripada Kerajaan Negeri.

“Mangsa banjir juga turut menerima sumbangan dapur memasak daripada syarikat SW Corp Malaysia.

“Dalam majlis sama, saya turut memberikan sumbangan RM500 kepada pelajar Sijil Pendidikan Malaysia (SPM) yang terjejas bagi membantu mereka membeli peralatan dan persiapan untuk peperiksaan.

“InsyaAllah, bantuan yang disalurkan ini dapat meringankan beban mangsa yang terlibat di samping memberikan keceriaan semula kepada mereka,” kata Aminuddin.

Sumbangan tersebut diberikan di Dewan Besar Gemas, Tampin yang turut dihadiri Ahli Parlimen Tampin, Dato’ Mohd Isam Mohd Isa; Exco Kanan Kerajaan Negeri, Dato’ Seri Jalaluddin Alias dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repah, Veerapan Superamaniam.

Show More

Related Articles

Back to top button