Berita

PD Forest peroleh pengiktirafan Malaysia Book of Records

PORT DICKSON: PD Forest atau Sungai Menyala telah memperoleh pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records kerana mempunyai dataran astronomi dan jam matahari terbesar di dalam hutan simpan kekal.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, hutan tersebut mempunyai keluasan sebanyak 1,280 hektar.

“Hutan Sungai Menyala ini unik kerana fisiologinya sebagai Hutan Dipterokarp Pamah yang masih wujud di Semenanjung Malaysia.

“Pelbagai spesis tanaman terdapat di hutan ini seperti pokok nadir, Tongkat Ali, Kacip Fatimah dan periuk kera.

“Hutan ini mempunyai enam ekor tupai gergasi merah yang boleh dilihat pada waktu senja,” kata Aminuddin yang juga merupakan Ahli Parlimen Port Dickson.

Aminuddin turut menambah bahawa pelbagai aktiviti baru diadakan selepas penjenamaan semula pada 2020.

“Hutan Sungai Menyala ini dikenali sebagai Pusat Edu Eco-Tourism yang berfungsi untuk pendidikan, penyelidikan dan aktiviti pelancongan.

“Namun, pada Ogos 2020 ia telah dijenamakan semula sebagai PD Forest atau Sungai Menyala yang bertujuan menjadikan kawasan ini lebih dikenali dan dikomersialkan.

“Pelbagai prasarana disediakan bagi kemudahan pelancong seperti bilik penginapan yang lebih selesa dan banyak.

“Ini mennunjukkan sektor perhutanan di Negeri Sembilan telah melangkah ke satu era yang baharu dalam pengurusan hutan yang menjurus ke arah memajukan eko-pelancongan yang boleh dibanggakan,” ujar Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian di Majlis Perasmian Sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2023.

Show More

Related Articles

Back to top button