Berita
Kerosakan longkang di Taman Sri Mawar akan diambil tindakan
SEREMBAN JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren telah meninjau lokasi aduan kerosakan tebing dan longkang di tepi sebuah rumah penduduk di Taman Sri Mawar.
“Aduan telah dipanjangkan kepada Jabatan Kejuruteraan Majlis Bandaraya Seremban untuk tindakan lanjut.
“Saya sentiasa peka dengan permasalahan dan aduan penduduk di DUN Seremban Jaya,” katanya.