Aktiviti

Keselamatan dan kesihatan penduduk Kampung Sungai Sekawang dapat perhatian Rusli

LINGGI: Penyelaras DUN Linggi, Tuan Rusli Abdullah telah turun padang bagi melihat kawasan timbunan sampah yang banyak dan tidak terkawal di Kampung Sungai Sekawang.

Rusli berkata, beliau telah menghantar sebuah jentera jengkaut untuk membersihkan kawasan tersebut.

“Kerja pembersihan ini dilakukan bagi mengelakkan ancaman kesihatan seperti virus kencing tikus dan penyakit berjangkit lain.

“Selain itu, ancaman anjing dan monyet liar yang boleh membahayakan penduduk sekitar perlu dielakkan.

“Semoga dengan bersihnya kawasan ini dapat dikekalkan oleh penduduk kampung.

“Terima kasih kepada MPKK Kampung Sungai Sekawang yang membantu,” kata Rusli.

 

Show More

Related Articles

Back to top button