Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Aktiviti

Gunasekaren peka keselesaan penduduk Taman Sri Mawar

SEREMBAN JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren telah turun padang bagi melihat aduan ‘retaining wall’ dan kerosakan longkang di Taman Sri Mawar.

Gunasekaren berkata, keadaan tersebut telah menyebabkan air tidak dapat mengalir dan menjadikan persekitaran berbau busuk.

“Struktur longkang tersebut telah rosak dan menyebabkannya tersumbat.

“Saya telah membuat aduan kepada Jabatan Kejuruteraan Majlis Bandaraya Seremban untuk tindakan segera,” kata Gunasekaren.

Turut hadir, Ahli Majlis Bandaraya Seremban, Puan Jamilah Said Ali.

 

Show More

Related Articles

Back to top button