Aktiviti

Rafie santuni rakyat DUN Ampangan

AMPANGAN: Ahli Dewan Undangan Negeri, Dato’ Dr.Mohamad Rafie Abdul Malek menyantuni rakyat DUN Ampangan di Pusat Khidmat Rakyat DUN Ampangan.

Mohamad Rafie berkata, ia merupakan tugasan rutin setiap minggu bagi memberi peluang kepada warga Ampangan bertemu beliau tanpa sebarang temu janji.

“Kita sentiasa memastikan mereka yang datang disambut dan dilayan dengan baik.

“Segala pandangan dan aduan mereka akan saya teliti untuk tindakan seterusnya.

“Alhamdulillah, banyak permasalahan berjaya diselesaikan dalam isu berbangkit,” kata Mohamad Rafie yang juga merupakan Exco Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan Negeri Sembilan.

Show More

Related Articles

Back to top button