Berita
Keselesaan warga PPDK dapat perhatian Rusli
LINGGI: Penyelaras DUN Linggi, Tuan Rusli Abdullah telah melawat Pusat Pemulihan Dalam Komunti (PPDK) di Kampung Telok Pelandok, Port Dickson.
Rusli berkata, setelah melawat PPDK tersebut, beliau mendapati beberapa infrastruktur asas yang perlu dibaik pulih.
“Dalam masa terdekat, saya akan menyediakan peruntukan untuk menjalankan kerja-kerja membaik pulih.
“Saya harap apabila kerja-kerja baik pulih ini selesai, ianya dapat memberi keselesaan kepada semua anak-anak yang belajar di sini,” kata Rusli.