Menarik

Lantikan Penyelaras DUN: Enam muka baru

10 muka lama dikekalkan. Lantikan baru termasuk seorang wanita

SEREMBAN: Lantikan Penyelaras DUN Sesi Tahun 2021 di Kediaman Rasmi Menteri Besar pagi ini, menampilkan enam muka baru dan 10 Penyelaras DUN sedia ada dikekalkan.

Kesemua 16 Penyelaras DUN ini menerima surat lantikan daripada Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun.

Turut hadir Exco Kesejahteraan Bandar, Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kampung Baru, YB Teo Kok Seong; Pengerusi Amanah Negeri Sembilan, Dato’ MK Ibrahim Abdul Rahman dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Masri Razali.

Empat muka baru dari Amanah, manakala dua mewakili KeADILan. Seorang daripadanya wanita.

Enam Penyelaras DUN baru adalah:

DUN KOTA: Tuan Muhammad Allif Ibrahim (Amanah)

DUN Sungai Lui: Tuan Saiful Bahri Jaaman (Amanah)

DUN Johol: Tuan Mohd Zailan Mohd Munawar (Amanah)

DUN Senaling: Tuan Abdul Malek Alias (Amanah)

DUN Rantau: Tuan Husin Haroon (KeADILan)

DUN Gemas: Puan Siti Aishah Seman@Othman (KeADILan).

Aminuddin menyerahkan surat lantikan Penyelaras DUN kepada Siti Aishah. MK Ibrahim (kiri). (Dari kanan) Masri dan Teo

Zainal Fikri kini Penyelaras DUN Pertang

Penyelaras DUN Sungai Lui, Tuan Zainal Fikri Abd Kadir pula kini dilantik sebagai Penyelaras DUN Pertang.

Saiful Bahri menggantikan beliau di DUN Sungai Lui. DUN Pertang dan DUN Sungai Lui, masing-masing di bawah parlimen Jelebu.

Secara keseluruhan, 10 Penyelaras DUN sedia ada dikekalkan perkhidmatannya.

Saiful Bahri (tengah) menerima surat lantikan Penyelaras DUN dari Aminuddin. MK Ibrahim (kiri). (Dari kanan) Masri dan Teo

10 Penyelaras DUN yang dikekalkan ialah: 

DUN Linggi: Tuan Rusli Abdullah (KeADILan)

DUN Bagan Pinang: Tuan Nasir Rahman (Amanah)

DUN Chembong: Tuan Nasarudin Ibrahim (KeADILan)

DUN Gemencheh: Tuan Abd Latif A Tambi (Amanah)

DUN PALONG: Tuan Rebin Birham (KeADILan)

DUN SERTING: Tuan Abdul Rahman Ramli (Amanah)

DUN Jeram Padang: Tuan Musliadi Sabtu (KeADILan)

DUN Seri Menanti: Tuan Shahran Kaat (KeADILan)

DUN JUASSEH: Tuan Mohd Aidil Abdullah (KeADILan)

DUN PERTANG: Tuan Zainal Fikri Abd Kadir (KeADILan)

Show More

Related Articles

Back to top button