Aktiviti

Aminuddin: Jalankan tugas dengan penuh amanah

"Jika ada masalah yang memerlukan pertolongan saya, datang bincang dengan saya," Aminuddin

SEREMBAN: “Jalankan tugas dengan penuh amanah. Bertugas kerana Allah, bertugas demi rakyat, bukan bertugas untuk diri sendiri,” itu pesanan Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun kepada 16 Penyelaras DUN yang dilantik untuk sesi tahun 2021.

Aminuddin berkata, Penyelaras DUN perlu sentiasa turun padang untuk melihat permasalahan dan pada masa yang sama menyantuni masyarakat setempat sekerap yang mungkin.

“Tunjukkan bakat anda dalam menjalankan tugas dengan membantu rakyat marhaen.

“Turun padang, santuni masyarakat dan pemimpin masyarakat. Lihat permasalahan di bawah, berusaha untuk selesaikannya.

“Jika ada masalah yang memerlukan pertolongan saya, datang bincang dengan saya.

“Buat yang terbaik kerana Allah,” ujar Aminuddin lagi dalam majlis ringkas lantikan Penyelaras DUN Sesi Tahun 2021 di Kediaman Rasmi Menteri Besar pagi tadi.

Seramai 16 Penyelaras DUN menerima surat lantikan dari Aminuddin dan enam daripadanya muka baru, termasuk seorang wanita.

Aminuddin menyerahkan surat lantikan Penyelaras DUN kepada Rebin (tengah). MK Ibrahim (kiri). (Dari kanan) Masri dan Teo.

Turut hadir Exco Kesejahteraan Bandar, Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kampung Baru, YB Teo Kok Seong; Pengerusi Amanah Negeri Sembilan, Dato’ MK Ibrahim Abdul Rahman dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Masri Razali.

Show More

Related Articles

Back to top button