Berita

Aminuddin galak belia pupuk sifat hormat

NILAI: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun menggalakkan belia supaya memupuk sifat hormat menghormati.

“Hal ini demikian kerana Allah telah menunjukkan bahawa semua manusia perlu dihormati atas dasar kemuliaan manusiawi atau ‘Karamah Insaniah’.

“Tidak perlu kita memperlekehkan orang antara sesama kita.

“Sekiranya nilai hormat ini dipupuk sudah pasti ia mampu memberikan imej yang baik kepada masyarakat lain bahkan kepada negara luar.

“Saya juga sebagai seorang ayah ingin berpesan supaya anak-anak saya ini menjadi insan yang mempunyai akhlak dan budi pekerti yang tinggi.” kata Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian di Majlis Perasmian Kuantum Lafaz Ikrar Pelajar Sarjana Muda Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Show More

Related Articles

Back to top button