118 pelajar terima bantuan kewangan daripada Aminuddin
LABU: Seramai 118 orang pelajar di DUN Labu telah menerima bantuan kewangan daripada Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun.
Aminuddin berkata, sumbangan tersebut merangkumi Biasiswa Anak Negeri (BAN) 58 orang, Bantuan Awal Sekilah (BAS) 48 orang dan 12 orang penerima Bantuan Institusi Pengajian Tinggi (IPT).
“Dalam pada itu, seramai dua orang penduduk yang terdiri dalam golongan miskin tegar juga turut diberikan bantuan bagi membantu mereka keluar daripada miskin tegar.
“Saya berharap agar sumbangan yang diberikan ini dapat membantu meringankan beban mereka apabila sesi pembelajaran bermula,” kata Aminuddin.
Sumbangan tersebut diberikan oleh Setiausaha Politik Menteri Besar Negeri Sembilan, Tuan Norazaman Mohamad sebagai wakil.